Sunday 12 May 2013


HARI TERAKHIR RASULULLAH
 
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabatkala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Assalamu'alaikum...

Monday, 13,5, 2013
Curaian nota (1) dari slot Motivasi keluarga Islam
oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Othman pada 11 Julai 2010 di Kompleks Rakan Muda Kamunting.

Isu kekeluargaan timbul kerana ramai yang mempermudahkan hal keluarga.
Hal ini juga bermula daripada kelopongan pengisian semasa kursus perkahwinan, tujuan menghadiri kursus hanya semata untuk mendapat sijil kelulusan untuk nikah dan bukannya untuk memahami fungsi sebenar perkahwinan dan pembinaan keluarga dalam Islam.

Persoalannya, adakah tugas mendidik dan membentuk watak anak tertanggung di atas bahu ibu bapa semata2? memang tersebut dalam hadith Nabi yang bermaksud.. Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keaadaan fitrah ibarat kain putih. Maka ibu bapanyalah yang mencorakkannya samada Nasrani ataupun Majusi. Namun bagi sesetengah keadaan, tidak semua susuk anak ini dibina atas sentuhan para ibu bapa. Jika tidak masakan Nabi Nuh sampai ke akhir hayat tidak dapat membimbing anaknya dan Nabi Ibrahim pula menjadi Rasul sedangkan bapanya orang yang kufur pada Allah dan tidak mahu menerima kebenaran. Prof Yusof menegaskan tidak semestinya dalam keadaan desakan faktor globalisasi yang menekan kita hari ini meneyebabkan kegagalan pembinaan institusi keluarga itu. Sirah juga membuktikan ramai ilmuan-ilmuan Islam lahir dalam keadaan sekelilingnya yang penuh dengan kemungkaran dan kebejatan sosial yang tinggi. Maka apakah ini menghalang mereka dari mendalami Islam dan runtuhnya kebahagiaan keluarga?